Tuesday, 27 November 2012
Ikutan kita????
"Eh, korang tengok tak lagi video clip baru group penyanyi tu, best tau."
"Eh, haritukan aku pergi tengok persembahan penyanyi antarabangsa tu, style tau. suatu hari nanti aku macam nak ikut dialah jadi penyayi"
" Ala, yang persembahan dari group tu aku xboleh pergi, aku ada exam. Menyesal aku"
" aku sukalah cara artis tu berpakaian, cool habis"
"Suatu hari aku nak kahwin dengan artis tu"
Antum kat luar sana mesti pernah mendengar perbualan macam inikan dan ada kalanya kita sendiri yang melafazkannya. Sedar atau tidak kita pada masa kini seolah-olah mendewa-dewakan golongan tersebut. eh, PilotCarrera jangan ekstrim sangat. Bukankah dalam islam dibenarkan berhibur.?????
Ah ni lah masalah kita bila berhibur. Kita seringkali melebih-lebihkan kepada yang tidak sepatutnya.
Pada hari ini, kita seringkali menjadikan artis-artis, penyanyi-penyanyi sebagai ikutan dari segi cara pemakaian sehinggalah cara kehidupan malah kita berbangga dengan apa yang kita lakukan tanpa ada rasa sedikit berdosa. Malah ada dikalangan kita sanggup menghabiskan wang ringgit hanya untuk melihat seorang artis yang MUNGKIN akan menjauhkan kita dari Allah. Ada sahaja dari kita sanggup menghabiskan masa di depan laptop hanya untuk melihat video-video tentang artis kesayangan mereka. Mereka menjadikan artis tersebut sebagai idola seharian mereka.
Sedar atau tidak yang kita telah menyamakan kedudukan mereka di dalam hati mereka dengan kedudukan Rasulullah yang sepatutnya Bagindalah perlu menjadi ikutan kita pada masa kini.
" Eh, anta hati-hati sikit apabila bercakap PilotCarrera, ana sangat sayangkan Rasulullah". mesti monolog seperti ini ada dalam diri antumkan. Tapi mari kita renung bersama-sama sejauh manakah kita mencintai Rasulullah. Sejauhmanakah kita menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
1. Dalam masa sehari, berapa lama kita berselawat kepada Rasulullah???
2. Dalam masa sehari, berapa kali kita membaca pusaka yang Rasulullah tinggalkan yakni Al-quran???
3. Adakah kita mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan??
4. Adakah kita berasa malu apabila kita membuat maksiat seandainya Rasulullah bersama kita??
5. Adakah kita menggunakan wang dan tenaga kita untuk jalan dakwah RAsulullah
dan bandingkan dengan masa yang saudara semua gunakan untuk melihat video, mengikuti konsert dan lain-lain lagi berkenaan idola anda.
Semua persoalan di atas hanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan. Tepuk dada tanya iman.
So sekarang dimanakah posisi kita???? dan siapakah sebenarnya yang menjadi idola kita seharian???
Di sini ana hendak membuktikan betapa Rasulullah sangat mengasihi dan menyayangi umatnya.
1. Dalam sebuah riwayat hadith di nyatakan
Ketika itu baginda sedang duduk berkumpul dengan sahabat2 baginda
Diantaranya ialah saidina Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali dan lain2
Baginda s.a.w. bertanya kepada sahabat ,
“tahukah kalian siapakah hamba Allah yg paling mulia di sisi NYA?”
Tiba2 salah seorg sahabat berkata ,
“Para malaikat ya Rasulullah!”
Nabi Muhammad s.a.w. berkata ,
“Ya , mereka mulia.Mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah.Tentulah mereka mulia tapi bukan itu yg aku maksudkan”
Sahabat2 terdiam lalu berkata ,
“sudah tentulah para nabi ya Rasulullah”
Baginda menjawab ,
“ya , sudah tentulah mereka mulia.Mereka utusan Allah.Bagaimana mungkin mereka tidak mulia tapi ada lagi yg lebih mulia”
Sahabat2 terdiam kembali lalu mereka berkata ,
“Adakah kami ya Rasulullah? Adakah kami yang mulia ya rasulullah?”
Baginda memandang wajah sahabat satu persatu lalu tersenyum.Baginda berkata ,
“Sudah tentulah kalian semua mulia.
Kalian semua dekat dengan aku.
Kalian membantu perjuangan aku.
Bagaimana mungkin kalian semua tidak mulia.
Sudah tentulah kalian mulia tapi ada lagi yg lebih mulia”
Sahabat2 terdiam dan tidak berkata apa-apa
Tiba2 baginda s.a.w. menangis di hadapan sahabat2
Rasulullah mengangkat wajahnya , sambil air mata berlinangan membasahi pipinya baginda bersabda ,
“Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah kewafatan ku.
Mereka mencintai Allah , mereka tidak pernah melihat wajahku.
Mereka tidak pernah memandang ku dan mereka tidak pernah melihat wajahku seperti kalian semua tapi MEREKA SANGAT MENCINTAIKU”
“Mereka yang mulia , merekalah UMMATKU!”
2. Ketika baginda hampir wafat baginda asyik menyebut Ummati yang bermaksud umatku.
3. Dilaporkan oleh Ahmad, Abu Ubaidah pernah bertanya " Wahai Rasulllah, adakah manusia yang lebih baik selain daripada kami? Sedangkan kami islam bersama-sama kamu dan kami berjihad bersama-sama kamu."
Rasulullah menjawab " Ya ada, iaitu kaum yang berada selepas daripada kamu, mereka beriman denganku, sedangkan mereka tidak pernah melihatku."
So, sekarang ni layakkah kita, ana,anta,anti semua kita layak digelar umat terbaik dan mulia seandainya kita tidak mengasihi baginda dan tidak menjadikan baginda sebagai ikutan kerana sesungguhnya Rasulullah merupakan Qudwah Hasanah.
Sedarlah wahai sahabat-sahabatku bahawa jadikan masa mudamu untuk kebaikan dan jangan membazirkannya. Ikutlah gaya hidup Rasulullah dan jauhilah segala jahiliah. In Shaa Allah kita akan bersama hamba-hamba yang soleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In shaa Allah.. :D
ReplyDelete