Tuesday, 6 November 2012

siapakah kita????

Assalamualaikum,

   Herm tengah bosan cuti sem ni. Entahla, xpasti apa yang nak dibuat. Maybe ada sahabat yang jenis gilakan  game, gunakan masa ini untuk menggunakan masa mereka untuk menghabiskaan mission mereka, mungkin ada yang suka akan movie pergi menziarahi semua pawagam yang ada untuk melihat movie-movie yang menarik minat dihati. "erm nak buat apa ha??? novel dekat rumah semua sudah habis dikhatam. tiba-tiba teringat satu perbualan bersama rakan ketika berada di kedai buku 1Malaysia di Pudu Raya( smentara nak tunggu bas balik ke kampung). " Ni buku ni penulis dia tulis tentang pengalaman hidup beliau ketika di Landon. Bersahaja penulisannya dan mudah difahami." kata Neezam, sahabat seusrah. herm, macam menarik ja. Ana terus pergi cari di Kedai Popular berdekatan di rumah. Alhamdulillah ada buku tu. Tajuknya Di hamparan Shamrock kuseru nama-Mu hasil karya akhi Hasrizal Abdul Jamil.

    Bukan bermakna ana nak mengulas buku tersebut walaupun sememangnya buku itu wajar dimiliki oleh semua agar dapat menilai pengajaran daripada novel tersebut.

Habis tu apa pula????

    Sebenarnya ana agak terkesan dengan satu bahagian di mana ia telah menyebabkanana terfikir siapa sebenarnya ana dan apa sebenarnya tanggungjawab ana sebagai hamba Allah di muka bumi ini. 

Kisah apa ek????

   Kisah ini berkenaan tiga orang muslim yang bersahabat telah masuk islam kerana mendapat hidayah daripada Allah. Kisah ini penulis kongsikan pengalaman beliau semasa berada di Ireland ketika beliau menjumpai salah seorang daripada mereka yang bernama Adam. Mereka bertiga baru sahaja revert islam dalam masa 2 tahun. Saudara Adam ini datang bertemu penulis untuk meminta nasihat. Di ceritakan oleh saudara Adam berkenaan rancangan masa hadapan mereka. Masing-masing MAHU MELAKUKAN SESUATU UNTUK ISLAM. Sahabatnya Jonathan, membuat keputusan ke Balkan manakala sahabatnya seorang lagi pergi ke Yaman untuk melanjutkan pelajaran dan akhirnya Jonathan shahid di jalan Allah. 

   Adam, dia masih di negara asalnya kerana dia telah berjanji kepada kedua sahabatnya untuk menjaga ibu dan ayah mereka semua dan beliau sedih kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk agama Allah. Lalu penulis memberi nasihat tentang kebaikan  menjaga kedua ibu bapa. (yang lain harap sahabat-sahabatku boleh sambung baca novel tersebut)

So apa kaitannya dengan cerita di atas???

   Cuba antum tengok perkataan yang ana hitamkan itu. Yap. MAHU MELAKUKAN SESUATU UNTUK ISLAM. So???? 

    Ana terus tersedar, kita orang islam yang lahir yang sememangnya islam malah duduk di Malaysia negara yang aman dan makmur ini tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat islam itu. Malah terkadang ana sendiri melakukan larangan Allah. Cuba kita bandingkan dengan mereka yang lahir dalam kekafiran dan mencari hidayah Allah, mereka lebih hebat daripada kita kerana mereka amat menghargai nikmat iman itu. Kita yang lahir dalam nikmat islam tidak pernah terfikir untuk MELAKUKAN SESUATU UNTUK ISLAM. (termasuk ana sendiri) Malu ana jadinya. Teringat bagaimana kisah ahli sihir pada zaman firaun di mana pada pagi mereka kafir, petang mereka mati shahid kerana mempertahankan akidah islamiah biarpun baru sahaja memeluk ajaran suci Allah. Tetapi ana??? Apa yang ana lakukan??? Seolah-olah sepanjang usia ana(biarpun baru 18 thn) sememangnya sia-sia sahaja, dipenuhi maksiat dunia sehingga lupa pada Pencipta, lupa pada hari bakal dipertemukan semula dengan Allah yang maha esa.

    Malah ada kalanya ana sombong dengan pencipta ana sendiri. Tidak sedarkah ana suatu hari nanti ana bakal dibangkitkan dan dipersoalkan di hadapan hakim yang paling adil. Ana akan dipersoalkan apa yang ana lakukan pada usia muda? Adakah ana gunakan untuk jalan Allah atau tidak.

   Ana mula terfikir, kenapakah jadi begini? siapakah ana? siapakah kita? Bila kita berfikir, kita sedar bahwa kita telah tersasar jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dua sumber utama kita. Bukankah di dalam Al-Quran ada Allah menyebut bahawa kita sebagai khalifah di muka bumi ini???


Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan 
seorang khalifah di muka bumi" Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami 
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
Tuhan Berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
(Al-Baqarah:30)

   Herm, kita terlupa kita khalifah (ace, pinjam ayat akhi Hilal Asyraf dalam majalah jom edisi ke 8)


   

1 comment:

  1. ya akhi, teruskn usaha anta, ana akan sokong smpi bila2, mmg lumrah kehidupan, syaiton sentiasa istiqomah utk sesatkan kita, ayuh lancarkan Perang pada mereka!! setiap detik kita adalah Dakwah! usah gentar, usah risau! Allah bersama kita. Yakinlah. perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Semoga, impian kita utk melihat islam julang kembali menjadi kenyataan, namun tidak guna sekadar impian, ayuhlah beramal, luaskan dunia dgn akhirat insyaALlah terasa luas medan kita untuk menyumbang utk islam.

    ReplyDelete