USRAH. eh, tiba-tiba rasa gatal tangan, bengkak-bengkak tangan ni. ada yang rasa macam nak pengsan bila terdengar perkataan ini malah ada yang tidak boleh mendengar langsung perkataan ini, bagi mereka, rasa macam boleh gila apatah lagi bila terjumpa dengan rakan-rakan yang join usrah memang dia akan lari ke hujung dunia la nampaknya takut berjangkit wabak katanya. Post ni just nak share tentang usrah dengan sahabat-sahabat ana sekalian. Eh, usrah tu apa ek??? apa bezanya dengan konferens riang, bulatan gembira dan lain-lain lagi??? sesungguhnya semua perkataan itu adalah sama maksudnya hanya perbezaan kosa kata. mesti kita tertanya-tanya apa itu usrah kan??? siapa yang mempelopori usrah??? bila ia bermula?? bagaimana bermula??? dan lain-lain lagi (aisyemen macam nak buat esei lak kan guna 5W1H tu) hihihi
MAKSUD USRAH DAN SEJARAHNYA
USRAH. herm, cuba buka kamus arab tengok apa maksudnya??? ooo, usrah maksudnya keluarga...
jadi usrah ni kita kena kahwin la ek??? eh kira ni mcm perjuangkan kahwin muda ek?? i like it.. EEHHH SEKEJAP.. Tu maksud secara literal la ya akhi.. pandai-pandai ja bagi maksud sendiri. ok, sekarang ni secara konseptualnya pulak (acehwah mcm nak berdebat pulak literallah, konseptullah hahaha) ialah satu kumpulan persaudaraan sesama islam yang berkumpul sesama mereka bagi mengingati Allah sebagai pencipta di samping memikirkan dan melaksanakan dakwah kepada yang lain. actually, bnyak je maksudnya mengikut pemahaman masing-masing.(yang penting berlandaskan syariah).
1. ZAMAN RASULULLAH
Rasulullah diutuskan oleh Allah bagi menyampaikan risalah tentang keesaan Allah, menyampaikan yang benar dan menghapuskan kebatilan. Pelbagai cara Rasulullah laksanakan dalam menyampaikan dakwah islamiah ini. Baginda melaksanakan secara berperingkat. Secara sembunyi dan secara terbuka.
Sebenarnya pada zaman Rasulullah tidak wujud perkataan usrah tersebut dan ia digunakan hanya pada zaman sekarang berdasarkan methode dakwah Rasulullah iaitu secara kumpulan-kumpulan kecil. pembentukan usrah yang pertama adalah dilakukan di DAR AL-ARKAM. Do rumah Al-Arkam Bin Abi Al-Arkam. Rasulullah mengajar mereka yang hadir setiap ayat Al-Quran yang baru diturunkan. Kemudian dihafal serta diberi huraian yang jelas. ia bertujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada para sahabat tentang maksud sesuatu ayat yang diturunkan dan umat islam mempraktikkan dalam konsep ibadah dalam kehidupan seharian. Jadi usrah zaman sekarang macam mana ek???
2. ZAMAN SEKARANG
Konsep usrah ini diperkemaskan lagi oleh Imam Hassan Al-bana. eh sekejap siapa ek beliau?? erm jap nak revise balik buku teks spm dulu-dulu.. ada tak ek??? herm, tak perlu buang masa. baca terus ja post ni sampai habis Usrah ini diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir. Beliau menubuhkan sebuah organisasi Islam kerana pada ketika itu betapa lemahnya kita umat islam. Organisasi ini ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan sinar islam yang lama hilang di bumi Allah s.w.t ini selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah dan kerana dunia digenggam oleh kafir laknatullah.
Jadi, sekarang ni dah tahukan??? so sekarang kita lihat pulak kepentingannya.
1. SATU BIAH (SUASANA) UNTUK BERDAKWAH
Herm BIAH, Ala seorang-seorang pun mampu berdakwah. ace hebat nampak. Sebenarnya dalam berdakwah kita perlu satu suasana yang kondusif. kondusif di sini bukan bermakna kena ada air-cond, kerusi dan makan sedap-sedap tetapi suasana dimana kita dapat melaksanakan dakwah dengan baik. Ana masih ingat satu usrah bersama naqib ana dia pernah berkongsi sesuatu " akhi, dalam menyampaikan dakwah ni kita kena ada biah yang sesuai. biah dimana kita ada sokongan dalam berdakwah. even maksiat pon ada biah apatah lagi melaksanakan dakwah Allah ini." Dalam usrah ni la kita dapat mengilap bakat untuk terus berdakwah.
2. SILATURRAHIM
Silaturrahim??? Yap semestinya silaturrahim sangat terkesan apabila kita mengikuti usrah.. tak percaya??? serius???? k. Usrah ni umpama satu keluarga di mana naqib atau murabbi sebagai ibu dan ayah dan ahli-ahli lain sebagai adik beradik yang lain.. Bukankah dalam islam ikatan akidah lebih hebat dan tinggi daripada ikatan biologi.. kita akan saling ingat mengingati tentang islam.. so apa lagi jom lah join USRAH nie..
Sebenarnya bnyak ja kelebihan apabila kita hidup berjemaah. Kalau ana tulis kat sini mesti antum semua xmmpu nak hbiskan. So apa solusinya??? Marilah kita menggikuti USRAH..
K. SEKIAN, SEKIAN
Silaturrahim??? Yap semestinya silaturrahim sangat terkesan apabila kita mengikuti usrah.. tak percaya??? serius???? k. Usrah ni umpama satu keluarga di mana naqib atau murabbi sebagai ibu dan ayah dan ahli-ahli lain sebagai adik beradik yang lain.. Bukankah dalam islam ikatan akidah lebih hebat dan tinggi daripada ikatan biologi.. kita akan saling ingat mengingati tentang islam.. so apa lagi jom lah join USRAH nie..
Sebenarnya bnyak ja kelebihan apabila kita hidup berjemaah. Kalau ana tulis kat sini mesti antum semua xmmpu nak hbiskan. So apa solusinya??? Marilah kita menggikuti USRAH..
JOIN USRAH
K. SEKIAN, SEKIAN
No comments:
Post a Comment