Monday, 5 November 2012
SEANDAINYA MEREKA BERSAMA KITA...
Sedangku menyelusuri jalan itu,
ku lihat ummah yang dulu gah berdiri,
memegang dunia,
kini lemah menjadi hamba dunia,
ku lihat mereka tenat, parah dan masih dibuai mimpi dunia,.
sedih, pilu melihat saudaraku begini
Seandainya Rasulullah bersama kita,
pasti baginda sedih, pilu,
umat yang disayanginya,
kini meninggalkannya,
pasti baginda kecewa,
melihat umatnya patuh kepada dunia yang fana,
ajaran baginda dibiar sahaja,
akhlak islami tiada lagi
Seandainya para sahabat bersama kita,
pasti mereka tertanya,
dimanakah hamba yang setia umpama Ali,
dimanakah hamba yang berani seperti umar,
dimanakah hamba yang bercakap benar seperti Abu Bakar.
dimanakah mereka???
yang hanya nampak pemuda seperti abu jahal,
seperti hamam malah seperti firaun
Seandainya Khadijah bersama kita,
pasti beliau malu,
melihat wanita kita sudah terkeji,
pakaian kemulian ditanggalkan,
pakaian jahilliah diagung-agungkan,
Seandainya Aishah bersama kita,
pastinya kecewa melihat wanita,
akhlaknya tiada, dara ternoda,
Seandainya mereka bersama kita,
tidakkah kita malu???
Sedarlah wahai saudaraku,
bangunlah dari tidurmu yang panjang,
kerana dunia hanya sementara,
akhiratlah kekal abadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good start ! keep it up .
ReplyDeletethanks, doakan semoga ana boleh beristhiqamah.. Ameen In Shaa Allah.
Delete