Assalamualaikum,
Betapa sedih apabila mendapat khabar daripada sahabat tentang kematian seorang sahabat lama ketika blajar di Maktab Mahmud dulu. Beliau yang baru berumur 18 tahun telah dipanggil oleh pencipta-Nya terlebih dahulu. Masih muda.. bukan ana nak melawan kehendak takdir malah ana terima kenyataan tentang kematian beliau. Ini menunjukkan bahawa Allah sangat sayang kepadanya. Semoga keluarga beliau redha dengan perjalanan takdir yang telah ditetapkan. Kerna semua yang berlaku telah ditetapkan hikmahnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya sahabat sekelian, ajal itu sangat hampir dengan kita malah mungkin esok pagi, sepuluh minit selepas ini atau bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil Allah untuk bertemu-Nya. Jangan kita katakan bahawa usia kita masih muda kita tidak perlu ingat kepada kematian dan kita boleh terus melakukan kemaksiatan. Allah maha berkuasa dalam mencabut nyawa hambanya. Buktinya Allah telah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 60-61.
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada waktu siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan. Kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan diutusNya kepada kamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami dan malaikat-malaikat Kami tidak lalai daripada menunaikan kewajipannya.
(6:60-61)
Banyak pengajaran dan bukti-bukti kekuasaan Allah di dalam ayat di atas. Betapa kita tidak sedar bahawa kematian di tangan Allah dan Dia menyembunyikan masa kematian tersebut kerana Dia ingin melihat keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. Adakah kita ingat tentang kematian? Adakah kita sedar tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah. Tepuk dada tanyalah iman.
Sedarlah wahai ikhwah sekalian, kematian itu sangat hampir. Bersedialah dengan iman dan taqwa agar disaat kita dijemput Malaikat Maut kita tidak kufar kepada-Nya. Buatlah persedian dari muda kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan bumi yang fana ini dan ingat dan sedarlah bahawa akhiratlah yang kekal abadi..
Apakah tanggungjawab kita??? Berbuatlah persedian sebanyak mungkin. menunaikan apa yang disuruh dan tinggal yang dilarang. berbuat baik kepada semua makhluk dan bermacam cara( boleh rujuk dalam al-Quran. Banyak Allah garapkan cerita tentang perkara ini) Dan yang penting kita kena sentiasa ingat kematian itu akan terjadi tetapi tidak tahu bila dan di mana.
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,
sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa
menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia
itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula)
kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada
orang-orang yang bersyukur
(2:102)
dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).
(15:13)
Wahai ikhwah Sekalian betapa banyak ayat Al-Quran yang Allah telah nyatakan tentang kematian. Kitalah yang menentukan sama ada untuk mengambil pengajaran daripadanya.
Ikhwah yang ku sayangi, ingatlah kematian itu sangat hampir dan kita semua pasti mati. Doakan kita semua dikumpulkan di bawah lembayung rahmat Allah Taala. Buatlah persedian sehabis mungkin. Jangan kita buang masa diusia muda ini.
No comments:
Post a Comment